Pesanan Ikhlas
Andai seseorang yang tak dikenali minta untuk diambil gambarnya; janganlah hampakan permintaan itu. Mungkin itu adalah gambar terakhirnya.



Umum sudah maklum bahawa foto yang baik adalah foto yang boleh bercerita dengan sendirinya, bermaksud imej yang dirakamkan dalam satu-satu foto itu mempunyai kisah atau berita tanpa perlu disertakan teks yang berjela-jela.

Tempat yang kosong bermaksud bahagian dalam frem/foto yang tidak membantu menguatkan penceritaan dalam satu-satu foto. Cara yang paling mudah untuk mengenalpasti tempat yang kosong adalah dengan mengaitkannya dengan penceritaan keseluruhan dalam satu-satu foto.

Foto pertama di atas, ruangan kosong pada trek merah (1/4 kanan bawah) telah diisi dengan bayang-bayang para atlit. Kehadiran bayang-bayang tersebut membantu audien mengenalpasti waktu aktiviti tersebut dirakam.

Ruangan kosong pada foto kedua di atas adalah kawasan langit (atas), tanah lapang (atas, kanan) dan kawasan jalan tar (kiri). Bahagian langit telah diisi dengan bentukan awan manakala kawasan tanah lapang telah diisi dengan projek pembinaan infrastruktur. Kawasan jalan tar pula telah diisi dengan garisan berkembar.

Foto ketiga, ruangan kosong dikenalpasti pada bahagian langit (atas, kanan) dan pada bahagian jalan raya (bawah, kiri). Gelapkan dan menimbulkan bahagian langit yang cerah dan rata (tanpa tekstur) dapat memberi gambaran akan keadaan cuaca ketika itu. Langkah yang sama juga dilakukan pada bahagian jalan raya bagi menimbulkan perincian (detail) dan biasan (reflection) dari bangunan.

Nabi S.A.W bersabda:
"Telah datang kepadaku utusan Tuhanku dan memberitahu, siapa yang membaca selawat untukmu dari umatmu satu kali maka Allah mencatat untuknya 10 hasanat dan menghapus daripadanya 10 dosa dan dinaikkan 10 darjat dan dijawab atasnya sesuai dengan selawatnya."
(Riwayat Ahmad)

Dari Abu Darda r.a katanya Rasullullah S.A.W bersabda:
"Orang-orang yang suka mengutuk tidak dapat memberi syafaat dan memberi kesaksian pada hari kiamat".
(Sahih Muslim)

1500354
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lalu
Sejak 05.03.2017
393
664
2697
17982
26827
1500354

IP Anda : 216.73.216.227
30-05-2025 11:35

Catatan Fotografer

Pengetahuan Am

Go to top